KATEGORY AYAM SERAMA
Orang
selalu memperkatakan tentang AYAM SERAMA ini berpatokan kepada kategori
seperti SERAMA “A” , “B” maupun “C”. Banyak yang terkeliru dan ini
banyak diambil kesempatan oleh para penjual SERAMA yang tidak AMANAH
yang mengakui bahawa AYAM SERAMA yang mereka jual adalah dari kategori
terbaik samada SERAMA “A” atau “B”.
Sebenarnya
kategori SERAMA “A”, “B” maupun “Z” sekalipun bukanlah satu kaedah yang
tepat untuk mendefinasikan kategori AYAM SERAMA tersebut. Pembagian
kategori “A” atau “B” ini digunakan hanyalah sewaktu didalam satu satu
pertandingan saja. Ia digunakan untuk membedakan berat badan AYAM SERAMA
itu saja. Malah kalau AYAM KAPAN itu sendiri pun sekiranya di “diet”
kan akan melayakkannya dimasukkan kedalam kategori SERAMA “A” dimana
berat yang kurang dari 360 gram. Sebab itulah kalau kita perhatikan
disatu satu pertandingan tahap keupayaan AYAM SERAMA yang menduduki
tempat pertama dengan AYAM SERAMA yang mendapat markah terendah adalah
amat jauh sekali, lebih lebih lagi kalau pertandingan yang diadakan
disebelah pantai barat ini. Ini semua berlaku kerana terdapatnya tuan
punya AYAM SERAMA yang bukan AYAM SERAMA sebenar atau TULEN turut serta
dan disebabkan berat ayam mereka kurang 360 gram maka dengan sendirinya
ayam tersebut layak memasuki kategori SERAMA “A”.
Maka
terlihatlah kita sewaktu Juri menilai pertandingan itu, terdapatnya
ayam ayam serama yang tidak berupaya sama sekali beraksi. Samada ayam
tersebut sibuk mencoba turun dari atas meja kontes atau pun ayam
tersebut hanya diam tanpa aksi, prihal ayam tersebut berada didalam
ketegori SERAMA “A”. Saya rasa ini harus diambil perhatian khusus oleh
pihak pihak tertentu didalam menilai atau mengkategorikan ayam ayam
serama yang masuk bertanding mengikut kategori sebenar dan bukannya
kategori mengikut berat ayam tersebut. Daripada pengamatan dan soal
selidik yang saya lakukan AYAM SERAMA ini boleh kita KATEGORIkan
mengikut asal usul dan dengan cara mana bakal itu dihasilkan. Disini
saya lebih bincangkan kategori AYAM SERAMA dan bukannya AYAM KAPAN, KATE
dan yang sejenisnya.
1. AYAM SERAMA BIASA / BHARA / SERAPAN :
Terbagi 2 bagian
1. SERAMA KAPAL SELAM -
Jenis ini adalah jenis yang paling bail sekali, ia tidak berupaya
langsung untuk beraksi dan bila kita lihat ia berjalan, keadaan badannya
seolah olah seperti sebuah KAPAL SELAM …. merayap aja !!!! Kalau
dimasukkan kekategori AYAM KAPAN pun tidak boleh sebab bagi AYAM KAPAN
pun ada kategorinya tersendiri. Saya tidak menggalakkan kepada peminat
peminat baru untuk membeli serama dari jenis ini karana bentuknya yang
tidak menarik langsung untuk dijadikan hewan kesayangan (PETS) ataupun
untuk dijual bakalnya nanti. Jenis ini sebenar adalah hasil dari
silangan tanpa dilihat bagusnya silangan SERAMA BIASA ini sendiri dengan
AYAM KAPAN, KATE ataupun AYAM HUTAN dan lebih baik lagi kalau dengan
AYAM KAMPUNG.
2. SERAMA SEMI SUPER
– Jenis ini adalah jenis yang paling banyak sekali dimiliki oleh
peminat peminat ayam serama terutama di Lembah Klang. Kebanyakkan rumah
rumah di Lembah Klang yang mempunyai AYAM SERAMA telah saya lawati
memiliki serama dari jenis ini. Dan serama jenis inilah yang paling
banyak sekali mewarnai setiap pertandingan serama terutama disebelah
pantai barat ini. Jenis ini mempunyai bentuk badan / aksi yang agak
menarik dan bagi orang yang tidak pernah melihat aksi / gaya serama
tulen bergaya, sudah pasti mereka akan mengatakan ayam tersebut adalah
AYAM SERAMA sebenar. berat badannya kurang 360 gram maka teruslah
dikenali dengan panggilan SERAMA “A” …!!! Dari jenis ini jugalah
kebanyakkan peminat peminat serama melatihnya untuk mendada, samata-mata
dengan cara memasukkannya didalam KOTAK I.S.A ataupun dengan cara
melatih dari kecil lagi (cara ini agak Brutal). Memang diakui
kebanyakkan dari jenis ini mempunyai warna yang amat menarik dan
kebanyakkannya menyerupai SERAMA TULEN tetapi aksinya terbatas. Bagi
peminat peminat serama yang baru, saya galakkan mereka mencoba belajar
membedakan serama dari jenis ini. Dengan harga yang sepantasnya,
bolehlah dipraktekkan segala ilmu serama itu pada serama jenis ini.
AYAM SERAMA SUPER dibagi 2 bagian:
1. SERAMA SUPER TIDAK TULEN
– Jenis ini mewarisi hampir 80 % ke 90 % sifat – sifat AYAM SERAMA.
diharapkan beraksi dengan galak. Banyak juga saya dapati pertandingan
pertandingan yang diadakan telah dimenangi oleh serama jenis ini tetapi
sekiranya pada hari pertandingan itu turut disertai oleh AYAM SERAMA,
pasti kita akan dapat membedakan kekurangannya.
2. SERAMA SUPER TULIN
–Sikap, aksi, warna dan bentuk badan jenis inilah yang dinamakan
SERAMA. Kalau dilihat akan aksinya kadang – kadang sampai kita sendiri
tidak percaya dimana ia seolah olah suka dipertontonkan oleh orang
banyak. Lagi kita pandang, lagi ia akan bergaya dengan bergoyang goyang
menarik kepalanya kebelakang, sambil menarik narik dadanya kedepan dan
kadang kadang berputar putar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar